logo sekolah

logo sekolah

Wednesday 16 February 2011

Kojohanan Sepak Takraw

Rabu 16 Feb 2011, SK Betong akan menyertai Kejohanan Sepak Takraw peringkat KDSR 3 akan diadakan di SK Kua. Kejohanan ini akan berlangsung pada 16 & 17 Februari 2011 bermula jam 2.30 petang.
SK Betong akan diwakili oleh 2 pasukan iaitu SK Betong A yang terdiri daripada Muhd Haziq, Muhd Asyraf, Muhd Faris dan Hamzalah, manakala SK Betong B terdiri daripada Muhd Faizal, Muhd Iskandar Fitri, Muhd Azmer dan Muhd Shahmie.
Harapan pasukan sepak takraw sekolah dapat meneruskan cabaran ke peringkat separuh akhir. Selamat Berjaya.

Mesyuarat Penyelaras Bestari/ICT

Hari ini, 16 Februari 2011 Mesyuarat Penyelaras Bestari/ICT di PKG Peroh.

Thursday 15 July 2010

PERKHEMAHAN TAHUNAN

Unit beruniform Pengakap Sk Betong telah mengadakan perkhemahan tahuanan di Kem Yayasan Pelajaran Mara, Belukar Bukit. Perkhemahan ini telah diadakan pada 8 hingga 10 Julai 2010.
Seramai 32 orang murid yang terdiri dari murid tahun 4, 5 dan 6 telah menyertai kerkhemahan ini.
Guru Besar SK Betong, En. Abdul Karim Bin Taib dan semua guru SK Betong juga turut serta dalam kem tersebut.
Pelbagai aktiviti telah diadakan sepanjang perkhemahan tersebut. Antara aktiviti yang dijalankan ialah pertandingan kawat, berkayak, persembahan murid, pertandingan memasak dan kembara.

Sunday 11 July 2010

Bengkel Laman Blog Sekolah


PKG Peroh telah mengadakan bengkel laman blog sekolah di PKG Peroh pada 11 Julai 2010